Harga letrik naik : Bersiap untuk pesta kenaikan harga.

Spread the love

 

Bermula semalam, surcaj elektrik untuk semua pengguna komersial termasuk kedai, ladang, kilang, pejabat dan lain-lain telah naik.
Surcaj ini telah hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada 2.55 sen/kWj semalam.
Ini bermaksud bil elektrik untuk semua pengguna ini akan naik sehingga 5.3% bermula bulan ini.
Ini adalah kenaikkan kali kedua selepas PH menjadi kerajaan.
Kenaikan pertama ialah pada bulan Julai tahun lepas dengan surcaj 1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik sehingga 6% yang telah memberi kesan kepada pengguna domestik dan bukan domestik.
Ini merupakan satu dari dua hadiah dari kerajaan PH semalam.
Semalam juga, cukai SST telah diperluaskan kepada 4 lagi perkhidmatan baru yang sebelum ini tidak perlu membayar.
Sebanyak 5,000 hingga 10,000 lagi perniagaan telah mula mengenakan SST kepada pelanggan mereka sejak pagi semalam.
https://www.theedgemarkets.com/article/businesses-pay-more-icpt-surcharge-marchjune-2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *