TH Sendiri Ada Kebolehan Untuk Membangunkan Tanah Itu – Najib Razak

Spread the love

Saya dedahkan satu lagi fitnah dan penipuan dari PH sebelum PRU14.

Pada bulan Mei 2015, Tabung Haji membeli tanah TRX dari 1MDB dengan harga sekitar RM190 juta.

PH mengambil kesempatan dan menggunakan pembelian itu untuk menghasut Rakyat untuk membenci BN.

Mereka tuduh kita rompak TH dengan memaksa TH membayar harga yang terlalu tinggi untuk tanah TRX, kononnya untuk “bail-out” 1MDB.

Mereka kata tak ada banyak kegiatan di projek TRX dan ianya hanya satu lubang besar yang tidak bernilai.

Saya percaya ramai pada masa itu telah diperdayakan dan dipergunakan oleh fitnah PH.

Saya dan BN dimaki teruk pada masa itu. Kononnya saya nak rompak wang Umat Islam.

Hari ini, kita semua boleh melawat ke TRX dengan MRT.

Boleh saksikan sendiri bangunan tertinggi di Kuala Lumpur dan ASEAN.

Boleh tengok bangunan ibupejabat syarikat antarabangsa seperti Prudential, CCCC, HSBC, Lend Lease dan sebagainya di sana.

Berpuluh ribu pekerjaaan gaji tinggi secara langsung da dan ratusan ribu secara tidak langsung telah dan akan diwujudkan.

Sehingga Menteri Kewayangan menyifatkan TRX bernilai RM40 bilion kini merupakan antara aset terbaik negara.
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

Kita yang usahakan dan kena fitnah, Menteri Kewayangan yang lancarkan TRX pulak.

Minggu lepas, kerajaan PH mengumumkan bahawa tanah TRX milik TH ini telah dijual dengan harga RM400 juta dan ini telah memberi keuntungan RM204 juta kepada TH.

Tak sampai masa 4 tahun pun.

Dari menipu dan merompak Tabung Haji dengan tanah “lubang besar” kepada aset terbaik negara yang memberi keuntungan berganda beratus juta kepada Umat Islam.

Adakah mereka yang pernah fitnah dan maki saya tentang isu ini pada masa itu mahu mengaku dan meminta maaf?

BN dan saya buat dengan niat baik untuk memberi manfaat kepada kroni kita iaitu rakyat tetapi difitnah dan dimaki pula.

Pihak sana yang memfitnah pula menang dengan fitnah dan kini mengaut hasil daripada usaha kita.

Walaupun TH telah untung berganda, saya masih tidak setuju dengan penjualan tanah TRX itu.

TH patut membangunkan tanah itu dengan sendiri.

Mereka ada syarikat TH Properties Berhad yang mempunyai track-record yang baik.

Boleh bangunkan sendiri dan menjana pendapatan jangkamasa panjang untuk TH membayar dividen.

Kenapa nak jual tanah kosong dan membuka peluang untuk syarikat swasta kroni mengaut keuntungan dari pelaburan TH jika TH sendiri ada kebolehan untuk membangunkan tanah itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *