FELDA telah diarahkan untuk membuat satu laporan polis

Spread the love

Sehari sebelum Menteri kalis kamera CCTV membentangkan kertas putih FELDA di parlimen pada bulan April tahun ini, FELDA telah diarahkan untuk membuat satu laporan polis terhadap saya.

Laporan polis itu mendakwa saya telah menipu FELDA untuk beli kepentingan dalam syarikat Eagle High Plantations di Indonesia.

Pada petang hari yang sama itu, saya memuatnaik sekerat dari kertas putih FELDA yang membuktikan wujudnya PUT OPTION dalam perjanjian pembelian syarikat itu.

Saya juga menjelaskan dan membuktikan bahawa FELDA tak akan rugi apa-apa dalam pembelian ini.
Baca di sini: https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10156000507265952/

Malah, sudah gerenti untung. Tengok untung lebih atau untung kurang sahaja.

Sekarang dah 6 bulan sejak laporan polis itu dibuat tetapi PH masih tidak dapat menafikan kewujudan PUT Option itu.

Satu lagi cubaan kerajaan PH untuk fitnah saya dengan menggunakan agensi kerajaan telah gagal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *