Kenaikan pukal harga air untuk seluruh negara tahun depan

Spread the love

 

Saya amat terhibur dengan jawapan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri dari DAP dalam parlimen tadi tentang kenaikan pukal harga air untuk seluruh negara tahun depan.

Mula-mula, dia kata kenaikan ini tak membebankan Rakyat.

Boleh kira lah dia copy/paste jawapan PM ke-7 bahawa beberapa cukai baru yang akan dilaksanakan tidak bebankan Rakyat.

Lepas itu, Timbalan Menteri kata kenaikan kadar air ini adalah jauh lebih rendah dari kenaikan untuk bil utiliti yang lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.

Maksudnya kadar elektrik dan gas nak naik lagi lah.

Akhirnya, dia beri contoh pengiraan bagi kadar air untuk 25 meter kubik pertama.

Dia kata jumlah caj hanya naik dari RM12.19 ke RM20.50 sahaja.

“Tak sampai 50% kenaikan pun. Oleh itu ianya tidak benar bahawa kenaikan air tahun depan adalah melampau.” jawab dia.

Okaylah.. PH kata kadar air tak naik sampai 50% itu dah kira tak bebankan dan tidak melampau.

(Padahal kenaikan dari RM12.19 ke RM20.50 dalam pengiraannya adalah kenaikan 68% – bukan kurang dari 50%).

Tapi kalau ditambah dengan kenaikan cukai taksiran sehingga 120% lebih tinggi (seperti di Pulau Pinang), kenaikan harga petrol dan cukai digital baru yang juga bermula tahun depan dalam situasi ekonomi yang semakin merosot, apa cerita pulak?

Masih tak bebankan Rakyat ke?

Putrajaya to increase water tariffs next year
https://www.malaysiakini.com/news/495232

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *