Pelaburan Khazanah yang rugi atau tidak memberi keuntungan jangka masa pendek ?

Spread the love

Pelaburan Khazanah yang rugi atau tidak memberi keuntungan jangka masa pendek bukan semestinya perlu dijual, jika ianya strategik untuk negara.

Ya, syarikat penerbangan MAS sedang rugi sekarang tapi adakah ianya tidak ada peluang untuk dipulihkan dan kembali memberi keuntungan?

Patut kita jual MAS kepada orang asing hanya dengan alasan MAS rugi sekarang?

Saya nak bagi contoh syarikat semikonduktor Malaysia, SIlterra Malaysia yang juga adalah 100% milik Khazanah Nasional.

Silterra pernah menjadi modal politik besar untuk DAP pada tahun 2008 sebelum saya menjadi PM.
https://dapmalaysia.org/english/2008/nov08/bul/bul3588.htm

Masa itu, DAP kata Silterra rugi RM1 bilion pada tahun 2007, rugi RM646 juta pada tahun 2006 dan RM864 juta pada tahun 2005.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995 masa PM ke-4, Silterra sering rugi besar setiap tahun.

Jumlah kerugian yang dicatat untuk tempoh 16 tahun pertama Silterra sehingga tahun 2011 mencecah RM10 bilion – kesemuanya ditanggung kerajaan.

Tetapi ianya boleh dipulihkan tanpa dijual kepada orang asing.

Dalam tempoh 5 tahun pertama saya jadi PM, kerugian tahunan Silterra dapat dikurangkan tetapi ianya masih rugi.

Untuk tahun 2009 ke 2013, jumlah kerugian Silterra terkumpul adalah RM342 juta.

Pada tahun 2014, sebuah syarikat China berminat untuk membeli Silterra.

Akhirnya, saya sebagai pengerusi Khazanah menghentikan keputusan untuk menjualnya.

Paling ironi ialah masa itu, PM ke-4 juga sokong keputusan untuk tidak menjual walaupun Silterra merupakan syarikat yang terus mengalami kerugian.

“Business Times has learnt that Khazanah Nasional Bhd has aborted the plan to sell the majority stake in its 98 per cent-owned company after it was directed by the government to not divest the wafer foundry.”

“Sources said prior to the November meeting, Khazanah officials had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is Khazanah board chairman.”

“Among the reasons cited for calling off the sale is the fact that SilTerra’s operations are vital to the Malaysian economy, notably its semiconductor.”
https://www.nst.com.my/news/2015/09/‘silterra-stake-sale-plan-off’

Keputusan tahun itu akhirnya terbukti betul apabila Sitlerra mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi tempoh 2014 hingga akhir tahun 2017 sebelum PRU14.

Selepas ini, penyokong PH tentu akan memetik satu artikel dari tahun 2016 di mana saya dipetik sebagai berkata kerajaan terbuka untuk menerima cadangan dari pelabur asing untuk membeli sebahagian dari Silterra.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/09/29/najib-says-govt-open-to-selling-silterra-stake-to-foreign-investors/

Tetapi mereka tidak akan memetik syarat yang saya bagi masa itu, iaitu “harga yang ditawar perlu diterima oleh kerajaan dan operasi Silterra yang berterusan mesti tetap memberi manfaat kepada Malaysia.”

Hakikatnya, Silterra tidak dijual masa saya PM.

Patutkah MAS juga diberi peluang yang sama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *